What makes apricot seeds considered the best known alternative cancer treatment? It is mainly because the content of vitamin B17 that it has. Besides B17, there are thousands of known and unknown enzymes in apricot seeds which help cancer and non-cancer patients enjoy tremendous health benefits.

Monday 3 March 2014

Bagaimana bermulanya kanser?

Bila kita bercakap mengenai bagaimana kanser terjadi, kita kena lihat dari skop yang berbeza. Perbezaan itu adalah perbezaan di antara tahap kanser itu terjadi. Tahap pertama adalah tahap kanser berada di dalam sistem badan iaitu keadaan persekitaran didalam badan yang membenarkan kanser membiak dan bagaimana untuk menangani masalah  ini.
Tahap kedua adalah mengenai bagaimana kanser terjadi di peringkat sel. Maksudnya, mengapa sel normal seseorang itu boleh bertukar menjadi sel kanser dan bagaimana untuk memulihkan semula sel kanser menjadi sel normal.
Kedua-dua tahap ini adalah dua topik yang berbeza.
Seorang perawat kanser  akan mengkaji bagaimana untuk membunuh kanser atau memulihkan sel kanser bertukar menjadi sel normal, tetapi bagi seorang penyelidik kanser dia akan mengkaji bagaimana sistem imunisasi badan menjadi lemah dan bagaimana satu-satu sel itu bertukar menjadi kanser.


Di Tahap Pertama
Setiap dari kita mempunyai sel-sel kanser di dalam badan. Samada kita sedar atau tidak, sel-sel ini wujud, datang dan pergi. Namun persoalannya, kenapa  apabila dijalankan ujian diagnose ada yang mendapati didapati mendapat kanser sementara ada yang tidak?
Kanser, dalam banyak keadaan, disebabkan oleh aliran beberapa peringkat perkembangan yang sama.
Pertama - parasit dan mikrob jahat masuk ke dalam organ dan bermustautin di dalamnya. Mikrob-mikrob ini secara umumnya datang dari daging yang tidak dimasak secukupnya, tetapi boleh juga berpunca dari sumber-sumber yang lain.
Kedua - mikrob-mikrob ini akan memintas (mencuri) glukos yang cuba dibekalkan kepada sel-sel normal di dalam organ.
Ketiga - mikrob jahat ini mengeluarkan hasil buangan (mycotoxins) yang mana amat berasid dan langsung tidak berguna kepada sel-sel didalam badan.
Keempat -disebabkan sel-sel dalam organ tidak  mendapat makanan yang diperlukan (sebab dirompak) dan sel-sel ini tinggal didalam lautan 'najis' (mycotoxins), sel-sel dalam organ ni menjadi semakin lemah.
Kelima - disebabkan sel-sel dalam organ ni menjadi lemah, mengakibatkan organ juga menjadi lemah.
Keenam - disebabkan satu atau lebih organ mula menjadi lemah, sistem pertahanan (immune system) badan menjadi lemah. Jadi, secara hakikatnya, mikrob jahat ini melemahkan sistem imunisasi secara langsung atau tidak langsung.
Ketujuh - apabila sistem imunisasi lemah, ianya tidak lagi mampu membunuh sel-sel kanser yang sedang membiak di luar kawalan.
Kesimpulannya, punca utama penyebab kanser adalah mikrob-mikrob dan parasit-parasit jahat yang berada di dalam organ atau usus (colon) atau darah yang melemahkan sistem pertahanan badan.
Selain tu ada juga penyebab-penyebab lain seperti suntikan vaksin yang mengandungi kandungan mercury dan toksin yang tinggi yang melemahkan sistem pertahanan badan.
Najis dan sisa buangan yang berada didalam usus juga boleh menjadi punca kelemahan sistem imunisasi. Banyak kajian merumuskan bahawa kebanyakan penyakit bermula dari apa yang dalam perut kita, iaitu apa yang kita makan.